Liga Super Malaysia

FMLLP jelaskan isu tukar nombor jersi Gonzalo Cabrera

Antara isu yang menjadi perdebatan di antara peminat bolasepak tempatan pada minggu lalu adalah pertukaran nombor jersi Gonzalo Cabrera dalam perlawanan Piala FA JDT menentang Sabah Sabtu lalu.

Gonzalo Cabrera sebelum ini menyarung jersi nombor 23, tetapi dalam perlawanan tersebut, dia memakai jersi nombor 11 yang sebelum ini dipakai oleh Jorge Pereyra Diaz.

Perkara ini menimbulkan persoalan dan bantahan di kalangan peminat bolasepak tempatan.

Hari ini, Football Malaysia LLP telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut menerusi laman Facebook rasmi mereka.

Cabrera dikatakan telah membuat permohonan rasmi kepada FMLLP untuk menukar nomnbor jersinya. FMLLP juga menyatakan setiap nombor jersi yang tidak berdaftar oleh mana-mana pemain, boleh diguna pakai secara rasmi kepada FMLLP.

FMLLP turut menjelaskan bahawa pendaftaran Jorge Pereyra Diaz telah dibatalkan sebelum permohonan pertukaran jersi dibuat, oleh itu Cabrera boleh memohon menukar nombor jersinya.

Dalam kenyataan yang sama, FMLLP turut memberi contoh pasukan dan pemain yang pernah menukar nombor jersi mereka seperti Yatim Abdullah (Negeri Sembilan), Bobby Gonzalez (PKNS) dan Natxo Insa (JDT).

Photo credit: FMLLP