Luar Negara

Ronaldo tidak puas hati dengan kecaman penyokong Real Madrid kepada Benzema

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo kecewa dengan penyokong kelab berkenaan selepas mereka mengutuk rakan sepasukannya Karim Benzema ekoran kesilapan pemain tersebut yang tidak menyempurnakan peluang dalam perlawanan menentang Real Sociedad.

Benzema terlepas peluang menjaringkan gol di masa kecederaan dan terus menerima kecaman daripada penyokong Real Madrid walaupun ketika itu Real sudah mendahului 5-2.

Ronaldo yang menjaringkan hatrik dalam perlawanan tersebut menunjukkan rasa tidak puas hatinya kepada penyokong terhadap layanan mereka terhadap Benzema.

Ketua pasukan Portugal itu menggelengkan kepala sambil memberikan isyarat kepada penyokong Real Madrid untuk tidak berbuat demikian. Dia kemudiannya menepuk tangannya dengan cara yang sinis untuk memerli tindakan penyokong Real.

Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane juga tidak tahu mengapa penyokong Real berbuat demikian.

“Saya tidak tahu kenapa mereka melakukannya.

“Mereka boleh berbuat apa sahaja. Tapi apa yang penting untuk Karim adalah perlawanan seterusnya dan menukar corak lariannya.