Malaysia

VIDEO: Iraq buka tirai jaringan melalui gol Mohammed Jaffal

Iraq hanya mengambil lima minit untuk membuka tirai jaringan dalam perlawanan pertama mereka menentang Malaysia. Mohammed Jaffal berjaya membuat tandukan yang cukup tepat untuk menjaringkan gol dan meletakkan Iraq 1-0 di hadapan skuad Datuk Ong Kim Swee.

OKS membuat keputusan untuk menggunakan formasi 3-4-3 dalam perlawanan ini, dengan Adam Nor Azlin, Irfan Zakaria dan Dominic Tan menjadi benteng pertahanan mereka. Namun, benteng tersebut kecundang dalam masa lima minit pertama sahaja selepas Jaffal dengan mudah menebus pertahanan Malaysia sebelum membuat tandukan tersebut.

Saksikan video jaringan tersebut di bawah!