Ketua jurulatih Malaysia, Nelo Vingada berpendapat bahawa lokasi baru untuk perlawanan menentang Korea Utara akan sedikit sebanyak memberi mereka 50 peratus peluang untuk meraih mata dalam pusingan kelayakan Piala Asia.
Hari ini, Konfederasi Bolasepak Asia mengumumkan bahawa kedua-dua perlawanan melibatkan Malaysia dan Korea Utara akan diadakan di Thailand pada bulan depan.
Pasukan Korea Utara akan menjadi tuan rumah untuk perlawanan pertama pada 10 November manakala pasukan Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk perlawanan kedua pada 13 November.
“Saya yakin kami mempunyai 50 peratus peluang untuk keputusan yang baik, tetapi ia akan menjadi sengit di mana hanya ada tiga hari rehat di antara kedua-dua perlawanan. Ia juga akan menjadi masalah jika pemain kita cedera pada perlawanan pertama,” kata Vingada kepada Berita Harian.
“Saya tak mahu katakan sama ada bermain di Thailand akan menjadi kelebihan buat Malaysia tetapi yang pastinya ia menjimatkan masa perjalanan. Cuaca di Thailand juga lebih kurang sama dengan kita berbanding di Pyongyang, yang kini sejuk.
“Perubahan venue memberikan kami lebih peluang untuk mengutip mata dalam perlawanan di Thailand. Tetapi sudah pasti, kami akan menjadi tuan rumah di venue yang sama,” tambah Vingada.
Malaysia kini berada di posisi tercorot dalam Group B, setelah hanya berjaya meraih satu mata daripada tiga perlawanan pertama.