Malaysia Liga Super Malaysia

Andik Vermansyah bakal meninggalkan Selangor?

Andik Vermansyah boleh dikatakan antara pemain yang paling penting until pasukan Selangor, tetapi masa depannya bersama The Red Giants belum ditentukan lagi buat masa ini.

Menurut laporan Arena Metro, Andik telah menerima tawaran dari beberapa kelab untuk musim 2018, termasuk bekas pasukannya di Liga 1 Indonesia, Persebaya Surabaya. Namun, pemain berusia 26 tahun itu  belum lagi membuat keputusan berkenaan masa depannya.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu mendedahkan tawaran daripada kelab mana kerana saya masih lagi memiliki kontrak bersama Selangor sehingga penghujung tahun ini. Sukar menjawab sama ada saya akan kekal bersama Selangor musim depan,” ujar Andik

“Saya hanya mahu memikirkan jalan yang terbaik buat saya dan juga demi perjalanan karier saya. Saya sedang membincangkan mengenai perkara ini bersama pengurus saya jadi saya mengharapkan semuanya berjalan dengan baik.

“Apapun, saya bersedia mempertimbangkan tawaran daripada beberapa pasukan terbabit. Apapun, buat masa ini, kita tunggu dan lihat sahaja.”

Sejak menyertai Selangor tiga tahun lalu, Andik Vermansyah berjaya membantu Selangor merangkul kejuaraan Piala Malaysia pada tahun 2015, sekaligus menamatkan ‘Misi 33’ untuk pasukan Red Giants.