Berita

Debut Jakkit Wachpirom Bersama FC Tokyo U23

Pemain tengah muda skuad Thailand U23, Jakkit Wachpirom telah membuat penampilan pertama dalam J League, apaila dimasukkan pada minit ke 62 ketika FC Tokyo U23 bertemu Azul Claro Numazu dalam saingan J3 League, Sabtu lalu.

Pemain berusia 20 tahun itu bagaimanapun gagal membantu pasukannya untuk maraih sebarang mata apabila tewas 0-5 kepada kelab berpangkalan di Shizuoka itu.

Jakkit Wachpirom menyertai FC Tokyo U23 dari kelab naib juara Thai League 2016, Bangkok United pada bulan Julai lalu hasil kerjasama diantara FC Tokyo dan Bangkok United yang dimeterai sebelum ini.

Beliau pernah beraksi bersama skuad Thai U19 pada 2015 dan 2016 sebelum dipanggil menyertai skuad U23, akan bersama FC Tokyo U23 sehingga 31 Disember 2017.

Dengan ini, Jakkit Wachpirom menjadi pemain kedua dari Thailand melakukan debut dalam J League, selepas Chanathip Songkrasin melakukannya sebelum ini bersama Hokkaido Consadole Sapporo.