Luar Negara

Rasmi: Keisuke Honda Sertai Juara CONCACAF Champions League, CF Pachuca

Bekas pemain tengah AC Milan, Keisuke Honda, sah menyertai juara CONCACAF Champions League, CF Pachuca, apabila kelab dari Mexico itu mengumumkan secara rasmi dilaman sosial Facebook.

” Saya baru sahaja menandatangani kontrak bersama Pachuca. Saya mahu berjumpa dengan penyokong secepat mungkin”, kata Honda sejurus selesai menandatangani kontrak.

Pemain antarabangsa Jepun itu, telah tamat kontrak bersama AC Milan selepas tamat musim 2016/17 dan pernah dilaporkan menyertai latihan bersama pasukan divisyen 2 Amerika dalam United Soccer League, Orange County FC. Namun ianya tidak menjadi kenyataan.

Secara mengejut Honda disambar oleh CF Pachuca dari Mexico, dan Honda mungkin berpeluang untuk beraksi dalam kejohanan World Club Cup 2017 di UAE, selepas CF Pachuca mengesahkan tempat sebagai CONCACAF Champions League.

Ikuti video ucapan Honda Keisuke kepada semua penyokong Pachuca yang disiarkan dilaman sosial Facebook rasmi mereka.

Las primeras palabras de Keisuke como Tuzo! #ElÚnicoEnMi💙

Club Pachuca Tuzosさんの投稿 2017年7月14日