Sebuah pasukan dari Chinese Super League, Tianjin Quanjian, dilaporkan berminat untuk membawa penyerang Real Madrid, Alvaro Morata ke Tianjin, China bagi menguatkan jentera serangan mereka dalam misi untuk menamatkan saingan Chinese Super League ditempat ketiga seterusnya meraih slot AFC Champions League Play-Off.
Menurut laporan Onda Cero, kelab yang dimiliki oleh Quanjian Nature Medicine, sebuah syarikat yang menghasilkan ubat-ubatan herba ini bersedia untuk menawarkan kepada Alvaro Morata gaji berjumlah £500,000 seminggu jika bersetuju menyertai mereka dengan kontrak selama 5 tahun.
Tianjian Quanjian juga dilaporkan berminat untuk membawa penyerang tersohor Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang dengan tawaran berjumlah €80 juta.