Asia Asian Cup

Lebanon bawa skuad tanpa Ghaddar

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Lebanon, Miodrag Radulovic umumkan barisan pemain skuad kebangsaan Lebanon untuk aksi perlawanan persahabatan bertemu UAE pada 7 Jun dan aksi kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Malaysia pada 13 Jun ini. Seramai 23 pemain telah disenaraikan kali ini termasuk 2 pemain yang beraksi dalam liga Malaysia. Walaubagaimanapun, bekas pemain Kelantan, Mohamad Ghaddar tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan Lebanon disebabkan oleh isu kapten dengan barisan jurulatih.

Berikut ialah senarai barisan pemain skuad kebangsaan Lebanon :

Penjaga Gol
Mahdi Khalil (Ahed) / Mostafa Matar (Salam Zgharta) / Mohamad Taha (Safa)

Pertahanan
Zein Tahan (Safa) / Kassem El Zein (Nejmeh) / Moataz Bellah Al-Junaidi (Felda United) / Nassar Nassar (Ansar) / Nour Mansour (Ahed) / Ali Hamam (Zob Ahan) / Jad Noureddine (Arema FC )

Pemain tengah
Haitham Faour (Ahed) / Nader Matar (Nejmeh) / Mohamad Haidar (Ahed) / Ahmad Jalloul (Safa) / Rabih Ataya (Zob Ahan) / Samir Ayass (FC Dunav Ruse) / Hilal El-Helwe (Hallescher FC)

Penyerang
Hassan Cheaito (Ansar) / Hassan Maatouk (Fujairah SC) / Omar Bugiel (Forest Green Rovers) / Edmond Chehade (Salam Zgharta) / Abu Bakr Al Mel (Kelantan FA) / Soony Saad (Sporting Kansas City)

Omar Bugiel, satu-satunya muka baru yang telah dipanggil kali ini. Pemain ini beraksi dengan kelab league two EFL iaitu Forest Green Rovers Football Club.

Selain itu, Miodrag turut memanggil pemain berdarah campuran Amerika dan Lebanon iaitu Soony Saad yang beraksi dengan kelab Major League Soccer, Sporting Kansas City untuk menguatkan jentera serangan skuad kebangsaan Lebanon. Pemain ini juga pernah beraksi dengan skuad kebangsaan USA U17 dan U20.