Asian Cup

Rasmi: Perlawanan Bertemu Korea Utara Ditunda Lagi

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), petang tadi telah membuat pengumuman rasmi menunda perlawanan peringkat kumpulan kelayakan akhir Piala Asia 2019 diantara Korea Utara bertemu Malaysia yang dijadualkan pada 8 Jun 2017.

Perlawanan ini telah ditunda kepada satu tarikh baru iaitu Khamis, 5 Oktober 2017.

Walaupun AFC telah mencadangkan tarikh 8 Jun 2017 sebagai alternatif kepada tarikh perlawanan asal 28 Mac 2017 dengan Pyongyang sebagai tuan rumah, namun perkembangan terkini menyebabkan memaksa AFC mempertimbangkan kembali keputusan itu kerana berkait rapat dengan faktor keselamatan dan sekuriti.

AFC akan memantau keadaan keselamatan dan sekuriti untuk bulan berikutnya kerana ada perlawanan AFC Cup 2017 diantara Kigwancha FC bertemu Erchim FC pada 31 Mei 2017, dan juga perlawanan kumpulan G kelayakan AFC U23 Championship pada 19-23 Julai 2017.

Selepas perlawanan-perlawanan diatas berlangsung, AFC akan membuat keputusan mengenai venue perlawanan kelayakan akhir Piala Asia 2019.