AFC 2016 Player Of The Year: Omar Abdulrahman

15196003_10154165357822333_6621792184206255894_o

Pencalonan Pemain Terbaik Asia 2016:

1) Omar Abdulrahman

  • Kelab: Al Ain FC, UAE

2) Hammadi Ahmed

  • Kelab: Al-Quwa Al-Jawiya, Iraq

3) Wu Lei

  • Kelab: Guangzhou Evergrande, China

Omar Abdulrahman telah dinobatkan sebagai ‘Asia Player of the Year 2016’ dan merupakan kali kedua di menangi oleh pemain dari UAE – Ahmad Khalil yang telah menerima anugerah tersebut tahun 2015.

Pemain skuad kebangsaan UAE dan ‘playmaker’ kelab Al Ain yang berusia 25 tahun itu menerima anugerah tersebut dalam ‘Asian Football Confederation’s Annual Awards’ yang te;ah berlangsung di Emirates Palace, Abu Dhabi semalam.

Omar Abdulrahman telah berjaya mengetepikan cabaran dari dua lagi calon berpotensi tinggi iaitu Hammadi Ali dari Iraq dan Wu Lei dari China

Asia Champions League 2016.

omar-abdulrahman-mvp-660x400

Omar telah berjaya menjadi tonggak perancang yang memacu jentera Al Ain FC dalam saingan AFC Chmapions League 2016 sehingga mara ke peringkat akhir bertemu kelab dari Korea Selatan – Jeonbuk Hyundai.

Walaupun tewas kepada Jeonbuk Hyundai, beliau telah membuat 14 penampilan musim ini dan telah dipilih sebagai ‘Man of the Match’ sebanyak 8 kali.

Kemuncak kepada pencapaian individu Omar Abdulrahman musim ini adalah apabila dipilih sebagai ‘Most Valuable Player 2016’ dalam saingan AFC Champions League.

Skuad Kebangsaan UAE

ncs_modified20150127060117maxw640imageversiondefaultar-150129175

Seperti dalam saingan peringkat kelab, Omar juga merupakan nadi penting pasukan kebangsaan UAE apabila berjaya mengetuai pasukan UAE ke peringkat akhir pusingan kelayakan Piala Dunia Russia 2018. UAE berada dikedudukan ke 4 kumpulan B dengan 9 pungutan mata. UAE hanya dibezakan dengan 1 mata berbanding pendahulu kumpulan B – Arab Saudi serta pasukan tempat kedua, Jepun, manakala Australia pula berkongsi 9 mata.

Zlatko Dalic (Al Ain manager):

” Saya begitu bangga dengan beliau dan teruja kerana Omar adalah Asian Player of the Year, beliau merupakan pemain saya dan sebahagian dari pasukan saya. Beliau bermain cemerlang bersama pasukan UAE, kapten pasukan dan memenangi 8 anugerah ‘Man of the Match’ dalam AFC Chmapions League. Omar adalah pemain yang istimewa, pemain yang cemerlang. Saya gembira memiliki beliau dalam pasukan.”

Mohanad Salem (UAE and Al Ain):

” Kami gembira untuk Omat, kerana anugerah ini bukan sahaja untuk beliau, malah untuk seluruh rakyat UAE dan orang Emirati. Omar layak sebagai No.1 kerana prestasi beliau yang sangat konsisten dalam perlawanan ‘high level’. Kami berharap tahun depan UAE akan berjaya memenanginya lagi.”

Ali Kasheif (UAE and Al Jazira):

“Semua anggota pasukan kebangsaan dan pemain dalam Arabian Gulf League hadir pada maka ini untuk meraikan anugerah ini bersama Omar. Omar sememangnya patut menang anugerah ini kerana prestasinya sungguh cemerlang terutama dalam saingan AFC Champions League. Beliau masih muda dan mampu membuat lebih baik lagi.”