Liga Super Malaysia

Laluan Malaysia Jika Mahu Layak Ke Piala Asia 2019

wc mas

Selepas hanya menghuni tempat ke 4 kumpulan A dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019, Malaysia akan meneruskan cabaran dalam pusingan kelayakan play off ke pusingan ke 3 kelayakan Piala Asia 2019.

Play-Off 1

  • 5 perlawanan akan berlangsung dan pemenang akan layak ke pusingan akhir kelayakan / 3rd Round Qualifiers
  • Chinese Taipei vs Cambodia, Maldives vs Yemen, Tajikistan vs Bangladesh, Malaysia vs Timor Leste & Laos vs India

Play-Off 2

  • Pasukan yang kalah pada Play-Off 1 akan bersaing dalam pusingan ini dan pemenang akan layak pusingan akhir kelayakan / 3rd Round Qualifiers

Pusingan Akhir Kelayakan / 3rd Round Qualifiers

Menanti pada pusingan ini adalah 16 pasukan yang terdiri dari:

  • 4 pasukan runners up yang tidak layak ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018 – Jordan, Lebanon, Oman, North Korea.
  • 8 pasukan tempat ke 3 terbaik – Hong Kong, Filipina, Palestin, Singapura, Vietnam, Turkmenistan, Kyrgyzstan, Kuwait*.
  • 4 pasukan ke 4 terbaik – Afganistan, Bahrain, Guam, Myanmar.

16 pasukan ini akan disertai 5 pasukan dari pemenang Play-Off 2 dan 3 pasukan dari Play-Off 2, melengkapkan senarai 24 pasukan yang akan merebut 12 lagi tempat pada Piala Asia 2019 nanti.

24 pasukan ini akan dibahagikan kepada 6 kumpulan – 4 pasukan setiap kumpulan, dan hanya juara dan naib juara kumpulan layak ke Piala Asia 2019.

PIALA ASIA 2019
12 pasukan yang layak dari pusingan akhir kelayakan akan menyertai 12 pasukan yang telah layak lebih awal – pasukan yang bersaing dalam pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia.

  • Australia
  • Jepun
  • Korea Selatan
  • China
  • Thailand
  • UAE
  • Arab Saudi
  • Qatar
  • Uzbekistan
  • Syria
  • Iraq
  • Iran