Malaysia Berita

Senarai penuh skuad Malaysia untuk perlawanan menentang Mongolia, Lebanon

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai 29 pemain Malaysia yang dipilih oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk perlawanan persahabatan menentang Mongolia dan juga perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Lebanon.

Buat kali pertama sejak berhijrah ke Malaysia pada bulan Jun lepas, bekas pemain Levante, Natxo Insa telah dimasukkan ke dalam skuad Harimau Malaysia, manakala adiknya, Kiko Insa yang kini bermain untuk Bangkok Glass di Thailand, turut disertakan dalam senarai tersebut.

Selain itu, pemain kacukan Malaysia-Barbados, La’Vere Corbin-Ong turut diberi panggilan pertama, di samping kapten pasukan Sabah, Rawilson Batuil, yang mencuri tumpuan peminat bola sepak di seluruh Malaysia sejak kebelakangan ini.

Secara keseluruhan, 14 pemain JDT tersenarai dalam skuad ini, manakala Kedah pula menyumbang tiga pemain, termasuk bintang muda mereka, Akhyar Rashid.

Kem latihan pusat ini akan bermula pada 18 Mac ini, sebelum mereka turun menentang skuad kebangsaan Mongolia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Mac. Selepas perlawanan tersebut, skuad Malaysia dijangka berlepas ke Beirut pada 25 Mac, sebelum berdepan dengan Lebanon di Stadium Camille Chamoun Sports City pada 27 Mac.

Berikut adalah senarai penuh 29 pemain yang telah dipilih oleh Tan Cheng Hoe:

PENJAGA GOL

  1. Hafizul Hakim (Perak)
  2. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
  3. Haziq Nadzli (Johor Darul Ta'zim)

PERTAHANAN

  1. Fadhli Shas (Johor Darul Ta'zim)
  2. Fazly Mazlan (Johor Darul Ta'zim)
  3. S. Kunanlan (Johor Darul Ta'zim)
  4. Adam Nor Azlin (Johor Darul Ta'zim)
  5. La'Vere Corbin-Ong (Johor Darul Ta'zim)
  6. Irfan Zakaria (Kuala Lumpur)
  7. Matthew Davies (Pahang)
  8. Shahrul Saad (Perak)
  9. Kiko Insa (Bangkok Glass)
  10. Rawilson Batuil (Sabah)

TENGAH

  1. Safiq Rahim (Johor Darul Ta'zim)
  2. Natxo Insa (Johor Darul Ta'zim)
  3. Nazmi Faiz Mansor (Johor Darul Ta'zim)
  4. Afiq Fazail (Johor Darul Ta'zim)
  5. Akram Mahinan (Kedah)
  6. Ariff Farhan (Kedah)
  7. Syazwan Andik (Kuala Lumpur)
  8. Nor Azam Azih (Pahang)
  9. Wan Zack Haikal (Felda United)
  10. Mahali Jasuli (PKNS FC)
  11. Syahmi Safari (Selangor)

PENYERANG

  1. Hazwan Bakri (Johor Darul Ta'zim)
  2. Darren Lok (Johor Darul Ta'zim)
  3. Safawi Rasid (Johor Darul Ta'zim)
  4. Syafiq Ahmad (Johor Darul Ta'zim)
  5. Akhyar Rashid (Kedah)