Penolong jurulatih Terengganu FC (TFC), Mohamad Nik menyifatkan penjaga gol utama pasukan TFC, Muhamad Ilham Amirullah Razali masih menjadi watak penting kepada pasukan biarpun jarang mendapat peluang untuk beraksi.
“Biarpun sudah lama tidak beraksi tetapi persembahan penjaga itu tidak mengecewakan pasukan, dia bertindak cemerlang dengan berjaya menafikan beberapa percubaan tepat pasukan lawan ketika bertemu FELDA.
“Jika dia (Ilham) mengekalkan persembahan terbaiknya itu, kemungkinan kita akan beri peluang kepadanya menentang Selangor pada Jumaat ini di Kuala Terengganu.
“Bagaimanapun pemain itu harus konsisten dalam latihan selain perlu menggandakan usaha bagi mengelak gawang gol ditembusi pemain Selangor,” kata Mohamad.