Luar Negara Eropah

Arsenal sedia lepaskan Hector Bellerin?

Dengan apa yang terjadi pada musim ini, Arsenal perlu melakukan rombakan besar-besaran pada musim hadapan.

Malangnya, rombakan tersebut mungkin juga bermaksud, terpaksa melepaskan beberapa pemain sedia ada.

Laporan terbaru dari UK, Arsenal dikhabarkan akan melepaskan pemain pertahanan mereka, Hector Bellerin dengan jumlah perpindahan bernilai £50 juta bagi mendapatkan dana untuk menambah baik pasukan.

Antara pasukan yang dikhabarkan berminat untuk mendapatkan pemain Sepanyol itu adalah kelab dari Serie A, Juventus. Namun, harga tinggi yang diletakkan oleh Arsenal itu mungkin membuatkan mereka terpaksa berfikir dahulu.

Bellerin antara pemain yang menerima kritikan daripada penyokong Arsenal selepas kelab London itu menunjukkan prestasi buruk musim ini terutamanya di bahagian pertahanan. Sebilangan penyokong Arsenal menyatakan bahawa Bellerin lebih berminat untuk terlibat dengan fesyen berbanding bolasepak.