Liga Super Malaysia Berita

Kedah tewaskan KDN 3-0

Kedah mencatatkan kemenangan ketiga musim ini apabila menewaskan KDN FC 3-0 di Alor Setar.
Rizal Ghazali menjaringkan gol seawal minit ke-10 dengan keputusan 1-0 kekal di separuh masa pertama.
Kedah semakin selesa di depan menerusi jaringan Syafiq Ahmad pada minit ke-58.
Sony Norde melengkapkan kemenangan dengan jaringan pada minit ke-73.
Kedah kini meraih 6 mata selepas 5 perlawanan dan berada di tangga ke-5 Liga Super.