Terens Puhiri.
Ingat nama tersebut. Pemain berusia 20 tahun itu sedang viral di seluruh dunia media sosial selepas sebuah video yang menunjukkan kelajuannya mula tersebar.
Terens diturunkan untuk pasukan Borneo FC ketika mereka menentang Mitra Kukar dalam perlawanan Liga 1 Indonesia pada hari Isnin lalu dan dia berjaya menjaringkan gol yang cukup menakjubkan, selepas menggunakan kelajuan maksimum untuk memecut pemain pertahanan serta penjaga gol Mitra Kukar.
Insiden tersebut telah mencetuskan debat yang besar di media sosial selepas akhbar tempatan England, The Guardian, melabelkan Terens sebagai antara pemain terlaju di dunia bolasepak sekarang.
Saksikan video tersebut di bawah. Apa pandangan anda?