Luar Negara Berita

Luqman: Rakan sepasukan KV Kortrijk banyak bantu saya

Luqman Hakim Shamsudin mula menyesuaikan diri dengan kehidupan baharunya di Belgium.

Pemain berusia 18 tahun itu mengakui ia satu cabaran yang sukar apabila menyertai KV Kortrijk pada bulan Ogos lalu, namun beliau bersyukur kerana mendapat banyak dibantu oleh jurulatih dan rakan-rakan sepasukannya.

Namun Luqman kemudian mempamerkan aksi cemerlang dengan KV Kortrijk B-21 apabila berjaya menjaringkan tiga gol.

“Mulanya agak sukar,” katanya kepada Utusan.

“Susah nak berkomunikasi tetapi pemain-pemain senior dan jurulatih banyak membantu serta berkongsi ilmu.”

Setelah beberapa bulan berlatih bersama skuad KV Kortrijk B-21, Luqman akhirnya terpilih untuk skuad utama dan mengharumkan nama negara apabila tampil sebagai pemain gantian ketika perlawanan menentang Anderlecht.

“Perasaan teruja sangat.

“Kita sebagai pemain kalau bertemu pasukan yang bagus memang seronok.”

Malah, Luqman gembira kerana sempat bertemu dengan bekas pertahanan Man City dan Belgium, Vincent Kompany yang kini menjadi ketua jurulatih Anderlecht.

“Saya teruja dapat bertemu Vincent Kompany. Dia bintang pertahanan Manchester City yang terkenal. Saya bangga dapat bersalaman dengannya.”