12 pasukan telah mengesahkan kedudukan dalam pusingan terakhir ini. Pasukan ini akan dibahagikan kepada 2 kumpulan – 6 pasukan setiap kumpulan.
Pasukan-pasukan tersebut adalah:
- Japan
- Korea Selatan
- Australia, China
- Thailand
- Arab Saudi
- UAE, Qatar
- Iran
- Syria
- Iraq
- Uzbekistan.
Nota: Semua pasukan ini sudah layak ke Piala Asia 2019.
KUMPULAN A
– Iran
– Korea Selatan
– Uzbekistan
– China
– Qatar
– Syria
KUMPULAN B
– Australia
– Japan
– Arab Saudi
– UAE
– Iraq
– Thailand
Juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak ke Piala Dunia 2018. Manakala, 2 pasukan ditempat ketiga setiap kumpulan akan ke pusingan ke 4.
PUSINGAN 4
2 pasukan tempat ke 3 ini akan berentap dalam perlawanan “home & away” bagi menentukan pasukan mana yang akan menghadapi Play-Off antara benua.
Pemenang AFC pusingan 4 akan bertemu dengan pasukan ditempat ke 4 pusingan ke 5 dari CONCACAF. Diantara pasukan yang dilihat mampu untuk layak ke pusingan ke 5 CONCACAF ini adalah:
i) Mexico – layak
ii) Honduras
iii) Costa Rica
iv) Panama
v) Trinidad & Tobago
vi) Amerika Syarikat
Nota: 3 dari pasukan teratas pusingan ke 5 CONCACAF akan layak ke Piala Dunia 2018.