Liga Malaysia

Amiridzwan Taj Dan Terengganu FA Capai Persetujuan Bersama Tamatkan Kontrak

13327567_1535894483385905_2764203118617062965_n

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan Amiridzwan Taj mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontrak mereka berkuatkuasa esok.

Bekas pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan itu dibawa masuk untuk memperkuatkan barisan pertahanan Terengganu dalam cabaran Liga Malaysia 2016 tetapi kecederaan menghalang beliau dari membuat sebarang penampilan kompetitif bersama dengan Sang Penyu.

Kekosongan di bahagian pertahanan ini mungkin akan menyaksikan pengendali Terengganu, Mike Mulvey membawa masuk seorang pemain pertahanan yang lain ketika jendela perpindahan sedang dibuka ini.