Matthew Davies dilaporkan sudah pun meninggalkan Pahang, walaupun Liga Super Malaysia bakal bermula dalam dua minggu lagi.
Menurut laporan daripada Berita Harian, seorang sumber dari Pahang mengesahkan pemain berusia 25 tahun itu tidak lagi bersama pasukan asalnya.
“Segala yang ditularkan di laman sosial berkaitan Davies meninggalkan Pahang adalah benar dan skuad itu amat terasa kehilangannya,” kata sumber berkenaan.
“Segalanya berlaku terlalu pantas dan Davies yang menyertai Pahang pada tahun 2015 tidak lagi bersama Pahang apabila saingan Liga Super bermula nanti.
“Sudah pasti posisi pertahanan kanan memberi kesan terhadap pembentukan pasukan tetapi ia diharap dapat diatasi sebelum liga bermula.”
Laporan lain turut menyebut pengamal media sukan mendapat jemputan daripada pihak pengurusan JDT kepada bagi majlis memperkenalkan pemain baharu pada hari Isnin ini.
Malah Davies sendiri tidak kelihatan pada sesi latihan mahupun diturunkan dalam aksi persahabatan terbaharu skuad Tok Gajah.