Luar Negara Berita

Demi Cinta Pada United, Solskjaer Letak Klausa Pelik Dalam Kontrak Bersama Molde

Selepas pemecatan Jose Mourinho, United beralih arah kepada lagenda kelab untuk menyelamatkan musim mereka. Setakat ini United berjaya merapatkan jurang dengan pasukan empat teratas Liga Perdana Inggeris.

Ole Gunnar Solskjaer melangkah secara interim dan telah melebihi semua jangkaan.

Tiga bulan selepas pelantikan beliau, United berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik dan dalam misi mempersiapkan diri menjelang pertemuan dengan Barcelona pada aksi perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara pada bulan April nanti selepas berjaya menewaskan PSG pada pusingan 16.

Impak Solskjaer di United telah membawa kepada gelombang penyokong, pemain dan bekas pemain untuk mendesak beliau diberikan kontrak sepenuh masa.

Solskjaer sebelum ini adalah pengurus kepada kelab Norway iaitu Molde sebelum menyertai United.

Tetapi, tahukah anda bahawa Solskjaer meletakkan satu klausa pelik di dalam kontraknya bersama Molde?

Bercakap kepada NRK, Solskjaer mengakui bahawa beliau mempunyai satu klausa, di mana klausa tersebut membenarkan beliau untuk kembali ke United jika kelab gergasi England itu memerlukan beliau.

(Photo by Pierre Costabadie/Icon Sport via Getty Images)

“Saya akan pastikan ada sesuatu perkara yang kecil, mari kita sebut sebagai klausa, dalam kontrak saya, yang mengatakan jika Manchester United memanggil saya, mereka (Molde) perlu membenarkan saya pergi.”

“Boleh panggil saya naif, panggil saya bodoh, panggil saya bercita-cita tinggi, panggil saya apa sahaja yang anda mahukan. Tetapi sejak saya melatih pasukan simpanan (United), saya mempunyai impian untuk menjadi pengurus Manchester United.

“Ya, saya harus menjadi diri saya sendiri, tetapi ia berlaku kerana Manchester United mempunyai cara bermain yang sesuai dengan saya.”

Bekas pemain United ini juga mengakui bahawa peluang untuk mengurus Manchester United seperti tertutup selepas musim yang mengecewakan di Wales dan Cardiff City.

“Secara jujur, selepas Cardiff, saya tidak fikir ini akan berlaku.” Katanya