Majlis memperkenalkan pemain dan baju rasmi pasukan PKNS FC diadakan malam tadi dengan warna oren kekal sebagai warna rasmi kelab daripada Lembang Klang untuk musim Liga Malaysia (Liga M) 2019.
PKNS FC yang menggunakan jenama Lotto sebagai jenama rasmi mereka menunjukkan sedikit kelain pada warna jersi kedua dengan warna hijau. Manakala ‘maroon’ menjadi warna rasmi untuk jersi ketiga.
Majlis yang diadakan di Uptown Shah Alam yang dilancarkan oleh EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman turut melancarkan slogan baharu #FearNothing.
Memetik kenyataan rasmi PKNS FC di laman Facebook rasmi milik kelab tersebut, “#FearNothing telah diazimatkan kepada pemain PKNS FC supaya tidak gentar dengan sebarang halangan.
Mengambil inspirasi sang semut yang kecil tetapi berjiwa besar sepertimana pasukan PKNS FC, sikap tidak pernah putus asa, kerjasama berpasukan serta pantas menghidu peluang akan diterapkan ke dalam pasukan.”