Eropah Berita

‘Penjaga Gol Terbaik Dunia’ Mahu Kekal Bersama United – Jose Mourinho

Pemain Manchester United, David de Gea dipuji sebagai penjaga gol terbaik dunia oleh Jose Mourinho yang mengatakan pemain Sepanyol itu mahu kekal di Old Trafford selepas kejayaannya yang luar biasa membantu mereka layak ke Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Berikutan kemenangan 1-0 ke atas Young Boys di Old Trafford, Mourinho juga yakin bahawa ia adalah penting bagi United untuk memastikan pemain Sepanyol berusia 28 tahun itu, yang dikaitkan dengan juara Perancis Paris St Germain untuk kekal di Old Trafford.

“Dia adalah penjaga gol terbaik di dunia. Sekiranya cita-cita kami mempunyai yang terbaik di dunia, kami perlu memastikannya,” kata Mourinho kepada pemberita selepas perlawanan.

“Saya tahu dia mahu kekal, saya tahu ejennya (Jorge Mendes) gembira melakukan apa yang pemain mahu dan saya juga tahu United juga mahu dia kekal dan mereka sedang bekerja ke arah itu, awal atau lambat itu bergantung kepada perbincangan kedua pihak.”

Kontrak De Gea bakal tamat pada akhir musim ini dan United telah melakukan perundingan dengannya lebih dahulu sebelum ini dan juga mempunyai pilihan untuk melanjutkan untuk setahun lagi.

Pemain kelahiran Sepanyol ini telah turun membantu United mengalahkan juara Switzerland pada pagi Selasa ini. Aksi beliau menyelamatkan bola daripada dibolosi pada minit ke-70 dianggap sebagai suatu fenomena apabila bola tersebut betul-betul berada diatas garisan gol.

“Ia kelihatan sangat fenomena, hanya penjaga gol terbaik dunia mampu untuk melakukan itu.” Kata pengurus United itu dihadapan media. – Reuters