Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Supachai Tidak Takut Dengan Lautan Penyokong Harimau Malaya

Penyerang Thailand, Supachai Jaided menyatakan bahawa beliau tidak takut untuk turun beraksi dihadapan 80,000 orang penyokong Harimau Malaya pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil. 

Beliau yang baru berusia 19 tahun menyatakan bahawa setiap pemain sudah terbiasa dengan tekanan itu dan percaya bahawa ia tidak akan menggangu permainan mereka. 

Tambah pemain Buriram United ini, beliau percaya dengan pengalaman setiap pemain pasti akan dapat menyelesakan diri dengan keadaan stadium yang sudah pasti akan dipenuhi oleh penyokong Harimau Malaya.

“Saya tidak merasa gelisah mengenainya,” kata Supachai. 

”Kami telah bermain di Malaysia sebelum ini. Kami tahu bahawa mereka akan mempunyai banyak peminat apabila kami pergi ke sana dan mereka akan berada di belakang pasukan mereka. 

Tetapi kami hanya akan memberi tumpuan kepada permainan kami di atas padang dan tidak ada keperluan untuk merasakan apa-apa tekanan tambahan disebabkan bunyi dari orang ramai.” Kata Supachai.

Beliau memenangi pemain terbaik pada perlawanan dengan Singapura minggu lalu, satu kejayaan individu pertama beliau pada tahun ini. 

Beliau juga telah memenangi Liga Thailand dan bakal bermain Liga Juara-Juara Asia musim hadapan bersama Buriram United.

Supachai turut menyatakan bahawa fokus beliau adalah untuk membantu pasukan bagi mencapai kemenangan serta beraksi cemerlang untuk meningkatkan mutu permainan beliau.

“Semua orang bermain dengan baik dan tetap fokus untuk mendapatkan kemenangan yang kami perlukan,” kata Supachai. “Kami merancang dengan baik dan melaksanakan pelan dengan berkesan.

“Saya tidak benar-benar berfikir tentang pencapaian lain. Saya hanya cuba fokus pada permainan saya di padang dan membantu pasukan keluar dari kumpulan dan ke separuh akhir. “