Piala Dunia 2018 Kajian & Analisis

10 legenda bolasepak yang tidak pernah memenangi Piala Dunia

Menjuarai Piala Dunia sudah semestinya menjadi prestasi tertinggi yang dinginkan oleh setiap pemain bola sepak. Namun, memandangkan kejohanan itu dianjurkan empat tahun sekali dan peredaran masa yang pantas, tidak semua dapat merasainya. Contoh, terdapat segelintir legenda dunia yang tidak pernah menikmati gelaran juara dunia.

Walaupun mereka mengharungi kempen cemerlang bersama kelab dan mempunyai popularity yang besar, mereka tetap gagal menjulang trofi Piala Dunia sehingga bersara. Berikut adalah senarai Top 10 daripada Football Tribe Indonesia.

Johann Cruyff

Walaupun terkenal dengan kehebatannya sebagai pemain dan pengurus, namun Cruyff tidak pernah menjulang Piala Dunia. Dia menjadi pemain terbaik Piala Dunia 1974 tetapi Belanda tewas 2-1 di tangan Jerman Barat di final.

Gabriel Batistuta

Beraksi dalam tiga edisi Piala Dunia iaitu pada 1994, 1998 dan 2002 serta mencatat 10 gol daripada 12 penampilan ternyata tidak menjamin Batistuta untuk meraih gelaran juara dunia. Sehingga dirinya bersara, dia gagal menikmati gelaran itu.

Michel Platini

Sebagai kapten Perancis, Platini berjaya membawa Les Bleus menjuarai Piala Eropah 1984 tetapi nasibnya di Piala Dunia tidak begitu baik. Pada 1978, Perancis gagal melepasi peringkat kumpulan, kemudian disingkir oleh Jerman Barat di separuh akhir edisi 1982 dan 1986.

Raúl Gonzalez

Sangat menyedihkan buat legenda Real Madrid ini kerana tidak dapat membarisi generasi emas Sepanyol yang mendominasi dunia sejak 2008. Raul beraksi dalam tiga Piala Dunia, iaitu pada 1998, 2002 dan 2006, dimana Sepanyol tidak mampu melebihi peringkat suku akhir.

David Beckham

115 penampilan diharungi Beckham bersama skuad England, sambil sebahagian daripadanya memegang lilitan ketua pasukan. Tampil di Piala Dunia, prestasi terbaik England ketika Beckham beraksi adalah di suku akhir.

Paolo Maldini

Tujuh gelaran Scudetto dan lima Liga Juara-Juara Eropah telah dimenangi Paolo Maldini tetapi tetap gagal meraih kejuaraan Piala Dunia dalam zaman kegemilangannya. Malah, Maldini turut menjadi saksi sewaktu Itali tewas di final 2004 ditangan Brazil dan kalah secara kontroversi ditangan Korea Selatan pada 2002.

Oliver Kahn

Sebelas tahun Kahn berbakti buat skuad Jerman selaku penjaga gol nombor satu. Kesempatan terbaiknya untuk menjuarai Piala Dunia adalah pada 2002 tetapi mereka tewas 2-0 ditangan Brazil di final.

Eusebio

Penyerang legenda Portugal ini adalah penjaring terbanyak Piala Dunia 1966 dengan Sembilan gol tetapi malangnya pencapaian individu itu tidak disertai dengan perkembangan positif daripada pasukannya. Selecao das Quinas disingkirkan di separuh akhir oleh England yang akhirnye bergelar juara.

Javier Zanetti

Karisma Zanetti adalah salah satu perkara yang tiada gantinya di Argentina. Sejak 1994 sehingga 2011, dia menjadi tonggak utama La Albiceleste tetapi dia tidak pernah menjulang Piala Dunia. Prestasi terbaiknya bersama Argentina adalah melangkah ke suku akhir pada 1998.

Dennis Bergkamp

Sama seperti Cruyff, kebijaksanaan Bergkamp di atas padang nyata tidak mampu menjadikannya pemenang Piala Dunia. Belanda bersama bergkamp hanya dapat melangkah sehingga suku akhir Piala Dunia 1994 dan separuh akhir Piala Dunia 1998.