Igor Vladimirovich Akinfeev dilahirkan pada 8 April 1986 dan kini berusia 32 tahun. Dilahirkan di Vidnoye, Soviet Union (sebelum kejatuhan USSR, 1991) di Moscow.
Sehingga kini, Igor Akinfeev hanya bermain bersama satu kelab sahaja sepanjang kerjayanya sebagai pemain bola sepak professional. Boleh diumpamakan seperti Iker Casillas di Real Madrid, Sepanyol sebelum beliau mengangkat kaki untuk bermain di FC Porto.
Seperti mana Iker Casillas, Igor Akinfeev berjaya meloloskan diri ke skuad kebangsaan dengan umur yang begitu muda, dan kini menjadi kapten pasukan Sbornaya.
Aksinya cemerlang ketika menafikan 2 sepakan penalti oleh Koke dan Iago Aspas dalam penentuan penalti menentang Sepanyol dalam perlawanan pusingan 16 Piala Dunia 2018. Sehubungan itu, dia juga telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
Berikut adalah 10 fakta menarik tentang penjaga gol Rusia, Igor Akinfeev: