Pada perlawanan Kumpulan F yang menemukan Sweden dan Korea Selatan kelmarin, skuad Taeguk Warriors terpaksa akur dengan kekalahan 1-0 hasil jaringan kapten pasukan Sweden, Andreas Granqvist.
Apa yang menarik dalam perlawanan ini adalah kelibat penjaga gol Korea Selatan, Choo Hyun-woo yang menafikan beberapa percubaan pasukan Sweden. Beliau hanya bolos satu gol menerusi sepakan penalti.
Minit ke-20 permainan Choo Hyun-woo menunjukkan naluri dan aksi tangkas menafikan rembatan jarak dekat penyerang Sweden, Marcus Berg dan kemudiannya menumbuk keluar bola yang melantun ke udara untuk menyelamatkan gawangnya.
Berumur 26 tahun, dan bermain bersama Daegu FC dalam K League 1, kami pasti beliau mempunyai masa depan yang cerah untuk maju lebih jauh dalam kerjaya bola sepak.
Disini disertakan beberapa rangkuman mengenai penjaga gol negara K-Pop, Choo Hyun-woo: