Liga Super Malaysia Berita

JDT belasah Terengganu

JDT meraih kemenangan 4-0 ke atas Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim.
Ini merupakan kemenangan keenam berturut-turut buat JDT musim ini.
Kemenangan ini dibantu hasil jaringan hatrik Bergson.
JDT mendahului seawal minit ke-6 sebelum Bergson menambah gol kedua menerusi penalti pada minit ke-32, dengan kedudukan 2-0 di separuh masa pertama.
JDT meraih 3-0 apabila Bergson menjaringkan gol pada minit ke-64 sebelum melengkapkan kemenangan di hujung perlawanan.
JDT kini meraih 18 mata daripada 6 perlawanan.