Malaysia Berita

Kim Pan-gon nafi tinggalkan Harimau Malaya

Kim Pan-gon tampil menafikan laporan bahawa beliau telah menghantar surat kepada FAM dan bersedia untuk meninggalkan skuad Harimau Malaya.

Sebaliknya, beliau menyifatkan ia tidak benar kerana beliau tidak menghantar apa-apa surat berkaitan perkara tersebut.

“Selepas membaca laporan berita tersebut, saya terus menghubungi Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bagi menjelaskan mengenai perkara ini.”

Beliau memberi jaminan kepada Hamidin bahawa misinya bersama skuad Harimau Malaya belum berakhir dan tidak akan meninggalkan pasukan ini begitu sahaja.

“Untuk makluman semua penyokong Harimau Malaya, saya akan terus komited untuk membimbing skuad Harimau Malaya sehingga kontrak saya berakhir pada hujung 2025 dengan misi utama untuk membawa Malaysia layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan layak automatik ke Piala Asia 2027.”

Sejak memegang jawatan sebagai jurulatih negara pada 2022, Malaysia kini berada dalam ranking 132 dunia terutama apabila layak ke Piala Asia 2023, pertama kali sejak 2007.