Malaysia Berita

Kim Pan-gon belum mahu mengalah

Jurulatih negara, Kim Pan-gon belum mahu mengalah meskipun tewas dua kali berturut-turut kepada kepada Oman dalam kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Malaysia masih ada peluang ketika menentang Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.

“Ini perlawanan yang sangat sukar,” kata Pan-gon selepas perlawanan menentang Oman.

“Sebagai ketua, sebagai jurulatih, mohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana kami tidak dapat beri anda kebanggaan, maksud saya keputusan yang lebih baik.

“Kami masih mempunyai dua lagi perlawanan jika ada keajaiban kami masih mempunyai peluang. Lebih baik jangan berputus asa dan kita akan berjuang sehingga ke akhirnya.”

Katanya, skuad negara mampu bangkit dengan prestasi lebih baik apabila saingan Liga Malaysia bermula pada Mei ini.