Berita Asian Cup

Faisal Halim tidak sangka kalah 4-0 kepada Jordan

Faisal Halim mengakui tidak menyangka skuad negara akan tewas 4-0 kepada Jordan dalam perlawanan pembukaan Piala 2023.

Katanya, beliau mengharapkan keputusan lebih baik kerana sudah melakukan persiapan agak lama.

“Kalah 4-0 bukan keputusan yang kita inginkan,” kata beliau selepas perlawanan.

“Kami semua pun tak jangka ia berlaku kerana selama tiga minggu kita berlatih dan membuat persediaan sebenarnya peluang itu ada tetapi kita dibolosi dua gol awal, satu penalti dan satu percubaan dari luar kotak penalti.”

Bagaimanapun beliau enggan menyalahkan sesiapa sebaliknya mahu bangkit dalam perlawanan seterusnya.

“Ini bukan masa untuk menyalahkan sesiapa, kita kena perbaiki kekurangan pasukan.

“Coach Kim sudah buat habis baik untuk pasukan tetapi kita kena realistik dengan kualiti yang kita ada dan tahap permainan yang pernah kita main.

“Kita masih ada lagi dua perlawanan, peluang untuk kita melangkah ke pusingan seterusnya sekarang memang sukar, tetapi dalam bola sepak kita perlu berusaha dan beri terbaik sekurang-kurangnya untuk membanggakan rakyat Malaysia.”