Luar Negara Berita

Video : ‘Saya tidak mahu menjadi Neymar, saya mahu menjadi Rodrygo buat Real Madrid’

Real Madrid memperkenalkan seorang lagi bintang muda Brazil, Rodrygo Goes pada majlis memperkenalkan pemain di Santiago Bernebau, semalam.

Pemain berusia 18 tahun tersebut bercakap dengan penuh yakin pada sidang akhbar pertama beliau bersama Real Madrid.

Dengan memberi bayangan bahawa beliau bersedia menjadi watak penting dalam membawa kejuaraan kepada Los Blancos.

“Hanya ada satu Neymar, saya mahu menjadi Rodrygo [buat] Real Madrid,” katanya.

“Neymar adalah pemain yang hebat.

“Dia ada di kelab yang lain, jadi saya tidak boleh bercakap banyak tentang dia.

“Saya teruja untuk berlatih dengan pemain yang ada di sini, seperti Eden Hazard dan Karim Benzema.

“Ia akan menarik untuk berlatih dengan Vinicius lagi.

“Kami ada dua pemain muda Brazil yang mempunyai ciri-ciri serupa, walaupun tidak perlu membuat perbandingan.” katanya kepada media.