Liga Super Malaysia Berita

Selangor layak ke ACL2 musim 2024, menang perebutan naib juara Liga Super 2023

Selangor unggul dalam perebutan naib juara Liga Super apabila menewaskan Kedah 1-0 di Alor Setar.

Kemenangan itu melayakkan Selangor ke AFC Champions League 2 musim 2024 yang akan menggantikan Piala AFC tahun depan.

Kedah yang mempunyai kelebihan di laman sendiri dan dijangka meraih kemenangan, gagal memanfaatkan peluang yang diraih sepanjang perlawanan.

Dengan tekanan beraksi di halaman sendiri, Selangor mengambil kesempatan tersebut dan akhirnya mendahului menerusi penjaring terbanyak liga, jaringan Ayron del Valle pada minit ke-63.

Kedah yang cuba bangkit dalam tempoh 30 minit terakhir gagal berbuat demikian sebaliknya keputusan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan.

Dengan kemenangan itu, Selangor meraih 58 mata daripada 25 perlawanan.

Jumlah itu tidak boleh lagi dikejar oleh Kedah yang mempunyai 53 mata meskipun menang dalam perlawanan terakhir liga.