Liga Super Malaysia Berita

MFL: Semua perlawanan Liga Malaysia musim 2023 disiarkan secara langsung

Semua perlawanan Liga Malaysia bagi musim 2023 akan disiarkan secara langsung termasuk Piala Cabaran.

Ini setelah terdapat spekulasi Liga Malaysia tidak lagi disiarkan melalui Unifi musim ini.

“Terdapat perbincangan positif yang sedang berlangsung dengan penyiar semasa dan penyiar baharu,” kata CEO MFL, Stuart Ramalingam.

“Saya rasa kita memerlukan satu atau dua minggu lagi untuk membuat pengumuman.

“Rakan kongsi komersil telah pun memperbaharui kerjasama dengan kami dan ruang penyiaran komersil telah menyaksikan perbincangan yang sangat positif.

“Saya tidak dapat mengesahkan butirannya tetapi dalam masa satu atau dua minggu akan datang peminat akan tahu di mana untuk menyaksikan bola sepak Malaysia untuk musim akan datang.

“Setiap perlawanan termasuk Piala Cabaran akan ditayangkan secara langsung jadi akan ada penyiaran untuk setiap perlawanan.”