Luar Negara Berita

Dion Cools sertai Buriram United

Pertahanan negara, Dion Cools menyertai Buriram United untuk baki saingan Liga Thailand musim 2022-2023.

Ini setelah Safawi Rasid berhijrah ke Ratchaburi secara pinjaman dan akan menyertai pasukannya tidak lama lagi.

Pengumuman itu dibuat oleh Buriram United, sejam sebelum Malaysia menewaskan Singapura dan akan bertemu Thailand di separuh akhir Piala AFF 2022.

Cools sebelum ini beraksi bersama FK Jablonec setelah menamatkan kontraknya dengan FC Midtjylland.

Buriram yang terletak hampir 400km dari Bangkok, mendahului Liga Thai dengan 39 mata selepas 15 perlawanan.