Malaysia Berita

Malaysia mara ke separuh akhir Piala AFF 2022, jumpa juara 6 kali Thailand

Malaysia mara ke separuh akhir apabila menewaskan Singapura 4-1 dalam perlawanan terakhir kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kebangsaan akan bertemu juara 6 kali dan juara bertahan Thailand di separuh akhir.

Ia juga menyaksikan Malaysia bangkit dari kekalahan Vietnam minggu lalu.

Malaysia menjaringkan gol pendahuluan menerusi Darren Lok yang menanduk masuk bola hasil hantaran Safawi Rasid pada minit ke-34.

Stuart Wilkin membuat kejutan apabila merembat masuk bola dari luar kotak minit ke-50.

Malah, Stuart sekali lagi membuat kejutan apabila menambah gol pada minit ke-53, menjadikan kedudukan selesa 3-0.

Singapura merapatkan jurang menerusi jaringan Faris Ramli pada minit ke-84.

Namun, Sergio Aguero memusnahkan harapan Singapura apabila melengkapkan kemenangan dengan gol pada minit ke-87.

Vietnam yang menewaskan Myanmar 3-0 dan muncul juara kumpulan B akan bertemu Indonesia di separuh akhir.