Kuala Lumpur City mara ke final Piala AFC 2022 apabila menewaskan Sogdiana Jizzakh 5-3 dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 0-0 dalam 90 minit permainan.
The City Boys menjadi pasukan kedua dari Malaysia yang mara ke final Piala AFC selepas JDT melakukannya pada 2015.
Sogdiana mempunyai kelebihan di laman sendiri malah mencipta banyak serangan namun sering dipatahkan oleh pertahanan KL.
KL juga mempunyai peluang namun tidak dapat menyudahkan di hadapan gol, memaksa perlawanan ke tambahan masa 30 minit.
Namun, kedua-dua pasukan masih gagal menjaringkan gol, menyebabkan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.
Kevin Ray Mendoza menjadi wira apabila menyelamatkan sepakan penalti pihak lawan manakala Giancarlo Gallifuoco menjaringkan gol kemenangan dalam sepakan penalti terakhir, sekali gus KL mara ke final Piala AFC buat pertama kali dalam sejarah.
KL akan bertemu kelab Oman, Al-Seeb di final Piala AFC pada 22 Oktober ini.