Malaysia Berita

TMJ: Right back yang tak turun balik, Aidil yang salah?

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak tindakan segelintir penyokong bola sepak yang mempersenda prestasi kapten pasukan negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak ketika Malaysia tewas 2-1 kepada Singapura.

Ini selepas terdapat pihak yang menyamakan prestasi pemain pertahanan berusia 34 tahun itu dengan pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire.

“Toksik mentaliti dan mudah lupa,” kata TMJ menerusi akaun Instagram miliknya.

“Nak bola sepak maju tapi kepala masing-masing tahap low class.”

Beliau juga menganggap sesetengah peminat mudah lupa dengan pengorbanan setiap pemain yang pernah mewakili negara.

“Semua lupa kejayaan dan pengorbanan mereka, seolah-olah tiada makna.

“Kesian bila lihat pemain yang berkorban untuk pasukan kebangsaan atau mana-mana pasukan tidak dihargai.”

Beliau juga menyifatkan Aidil tidak wajar dipersalahkan sedangkan Dion Cool jelas membuat kesilapan besar dalam perlawanan tersebut.

“Right back naik sampai dalam kotak lepas tu tak turun balik.

“Bila sampai, tak stop the cross, so salah siapa? Centre back? Pergi tengok replay.”

Adik Aidil iaitu Zaquan Adha turut mempertahankan prestasi abangnya.

“Life as a footballer. Bila menang semua indah kata-kata.

“Bila kalah siap sanggup edit muka.”