Liga Super Malaysia Berita

Syahmi Safari sertai JDT

Syahmi Safari sah menyertai Johor Darul Ta’zim bagi menghadapi Liga Malaysia musim 2022.

Pemain pertahanan berusia 23 tahun itu meninggalkan Selangor selepas enam tahun bersama Red Giants.

“Terdapat hanya satu destinasi dalam bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim dan saya kini berada di sini,” kata Syahmi menerusi Johor Southern Tigers.

“Saya tidak boleh mengatakan tidak kepada kelab terbesar di Malaysia.

“Ini adalah cabaran, cabaran untuk saya melangkah ke depan dan mencapai kejayaan sebagai pemain bola sepak.”

Syahmi memulakan karier bola sepak profesional bersama Selangor pada 2017, selepas menyertai pasukan Selangor B19 pada 2015.

Anak kelahiran Kuala Selangor itu merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil dan pernah menjadi sebahagian daripada pasukan Harimau Muda C.