Liga Super Malaysia Berita

JDT adakan pra-musim 2022 di UAE, berdepan juara Liga Rusia 10 kali Spartak Moscow

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mengadakan sesi pra-musim di UAE bagi menghadapi Liga Malaysia musim 2022.

Lebih menarik, JDT akan berdepan Spartak Moscow, juara 10 kali Liga Rusia yang pernah bermain di Liga Juara-Juara Eropah beberapa kali sebelum ini.

Selain itu, JDT akan turut beraksi menentang sebuah lagi pasukan dari Rusia, FC Rodina Moscow, Riga FC (Latvia) dan MSK Zilina (Slovakia)

Skuad Harimau Selatan akan melapor diri untuk pra-musim pada bulan Januari sebelum terbang ke UAE.

Ini adalah kali kedua JDT melawat UAE untuk pra-musim, selepas mengadakannya pada awal 2020.

Pandemik Covid-19 telah menghalang perancangan-perancangan untuk pra-musim yang berpangkalan di luar negara pada 2021.

Pada tahun 2020, JDT tewas dalam perlawanan pembukaan 2-0 kepada Riga FC sebelum mencatat kemenangan ke atas Dibba Al Fujairah (1-0), pasukan kebangsaan Turkmenistan (2-1), MSK Zilina (2-1) sebelum tewas 3-2 kepada Emirates FC.