Malaysia Berita

Malaysia perlu menang lawan Indonesia untuk mara ke separuh akhir Piala AFF

Malaysia tiada pilihan selain daripada perlu mencatatkan kemenangan ke atas Indonesia dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan B Piala AFF Suzuki, Ahad ini.

Ini selepas Indonesia mencipta kejutan apabila mengikat juara bertahan Vietnam 0-0 malam tadi.

Walaupun Vietnam menguasai perlawanan, mereka gagal untuk menembusi pertahanan Indonesia.

Keputusan itu melonjakkan kedudukan Indonesia ke tangga pertama dengan 7 mata diikuti Vietnam dengan 7 mata manakala Malaysia meraih 6 mata.

Indonesia hanya memerlukan seri untuk mara ke separuh akhir, begitu juga dengan Vietnam yang akan bertemu Kemboja, Ahad ini.

Malaysia pula perlu mencatatkan kemenangan. Jika seri, Malaysia akan terus tersingkir daripada kejohanan.