Liga Perdana Berita

Bos Man Utd, Ole Gunnar Solskjaer, ‘jauh dari kebolihannya’ ketika Glazers dituduh merancangkan yang lain

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, telah dituduh telah ‘keluar dari kedbolihannya’ oleh bekas rakan sepasukannya, John O’Kane, yang telah menghabiskan dua tahun dengan pemain Norway itu sebagai pemain di Old Trafford, dengan yang terakhir mendakwa bahawa satu-satunya alasan Glazers menggupahkannya adalah untuk mengembalikan suasana yang menyenangkan sehingga dapat menangkis perasaan kebencian dari para peminat yang memang tidak menyokong keluarga Glazers.

Keputusan United baru-baru ini tidak begitu memukau, setelah kehilangan tiga dari empat perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan, dengan hanya dua kemenangan mereka sepanjang musim yang dicapai dengan margin lebih dari satu gol, dan itu adalah selepas 10 perlawanan dimainkan. Kedua-dua kemenangan itu datang melalui menentang pasukan Liga Perdana Inggeris yang tidak pernah menang ketika itu, dengan Leeds hanya mencatat kemenangan pertama dan Newcastle masih tidak menang.

O’Kane, pemain pertahanan yang menghabiskan lima tahun di United pada tahun 1990 sebelum berpindah ke Everton dan Burnley, berpendapat:

“Kami tahu Ole dibawa untuk menenangkan para peminat, kerana keadaan telah beracun di bawah Jose Mourinho,” katanya kepada The Mirror.

“Ole telah masuk dan dia lelaki yang baik – tetapi dia bukan pengurus United. Dia keluar jauh dari kebolihannya.

“Lihatlah staf pelatih yang ada di sana – mereka tidak cukup baik.

“Mike Phelan adalah orang memang baik, salah satu orang terbaik yang pernah saya temui dalam bola sepak, tetapi lihat dari mana asalnya.

“Kieran McKenna, mantan pelatih bawah 18 Tahun, Michael Carrick – mereka semua belajar semasa dalam pekerjaan dan ini adalah kelab terbesar di dunia.

“Mereka memerlukan pengurus yang lebih baik di sana, tetapi semua peminat menyukai Ole, bukan?

“The Glazers adalah orang yang pandai, mereka pada dasarnya telah memilih mangsa yang mereka tahu peminat tidak akan menentang.”

Tidak mustahil untuk mengatakan bahawa Solskjaer dan Cristiano Ronaldo kedua-duanya merupakan elemen nostalgia utama dalam skuad United, terutama yang terakhir itu yang pasti menaikkan suasana sekitar setelah memastikan kepulangannya ke Old Trafford.

Malangnya, euforia yang sangat bergantung pada sentimen mempunyai jangka masa pendek yang dapat diramalkan, sebelum penyokong akan menuntut dengan suara vokal di stadium dan mula mengejar hasil positif di lapangan.

The Red Devils menikmati jendela perpindahan musim panas yang luar biasa termasuk kedatangan bakat muda Jadon Sancho yang hebat, pemenang Piala Dunia Raphael Varane dan salah satu yang terbaik sepanjang masam iaitu Ronaldo.

Kini, skuad mereka bagus seperti terbaik yang lain di Liga Perdana, dan Solskjaer tidak mempunyai tempat lagi untuk bersembunyi jike kemenangan konsistent tidak mengikuti sekarang.

Reaksi antagonistik dari penyokong yang marah dengan keputusan yang tidak menggembirakan bukanlah perkara baru untuk bos United itu, dan dia mempunyai kecenderungan untuk menghasilkan sesuatu yang bagus yang memang tidak tersangka ketika tekanan mulai meningkat. Teapi Solskjaer memang tidak menunjukkan keputusan yang konsisten.

Walaupun menghadapi tekanan dan keadaan yang kurang memuaskan setakat ini, United duduk dua poin di atas meja, jadi mengejar pemain besar lain akan mencapai banyak untuk Solskjaer membuktikan bahawa dia tidak, seperti yang disebut oleh O’Kane, ”keluar dari kebolihannya’.