Tan Cheng Hoe menerima kritikan hebat selepas Malaysia tewas 4-0 kepada UAE, malah ia turut mendapat perhatian Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Bagaimanapun, beliau melihat kritikan TMJ dari sudut positif dan ia adalah sesuatu yang boleh digunakan untuk perlawanan akan datang.
“TMJ adalah seorang yang mengambil berat tentang bola sepak Malaysia,” katanya kepada Bernama.
“Sudah tentu baginda ingin melihat pasukan kebangsaan atau pemain kebangsaan berada pada satu tahap terbaik.
“Nasihat-nasihat tersebut cukup memberi kita motivasi tinggi untuk melawan Vietnam nanti.”
Jumaat lepas, TMJ menerusi sesi soal jawab di akaun Instagram miliknya mengkritik tindakan Cheng Hoe yang memilih terlalu ramai pemain JDT dan tidak mengetengahkan pemain dari pasukan lain yang beraksi baik dalam Liga Super musim ini.