Unifi hari ini mengumumkan bahawa ia akan terus menjadi penyiar rasmi perlawanan Piala Sumbangsih dan Liga Super bagi musim 2021, menerusi kerjasama rasmi dengan MFL.
Seperti tahun lepas, peminat bola sepak Malaysia boleh menyaksikan semua perlawanan secara langsung melalui unifi TV, aplikasi unifi PlayTV serta menerusi saluran YouTube unifi di mana sahaja mereka berada.
Musim 2021 akan bermula dengan Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menentang Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Ibrahim, pada Jumaat ini.
Ketua Pegawai Komersial TM, Anand Vijayan berkata, kerjasama itu diteruskan kerana melihat kepada potensi bola sepak negara.
“Bola sepak adalah sukan nombor 1 bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat global.
“Di unifi, kami berkongsi minat yang sama, malah kami telah lama menjadi rakan kongsi dalam arena bola sepak tempatan. Kami teruja untuk meneruskan kerjasama kami dengan MFL ke arah pembangunan bola sepak serta membawa liga bola sepak tempatan kepada lebih ramai rakyat Malaysia.
“Dalam situasi semasa ini, kami berharap dengan membawakan perlawanan bola sepak secara terus ke rumah anda, akan mengekalkan semangat kesukanan yang tinggi serta menyatukan kami.”
Tahun ini, sebanyak 12 pasukan akan bersaing bagi merebut gelaran Liga Super 2021.
Perlawanan pusingan akhir dijadualkan pada 8 Ogos 2021, dimana juara Liga Super akan dinobatkan.
Peminat bola sepak di seluruh negara akan dapat menonton Piala Sumbangsih serta Liga Super setiap masa di mana sahaja menerusi saluran unifi Sports 701 – 705, aplikasi unifi PlayTV serta saluran YouTube unifi di https://www.youtube.com/c/unifiistheone/featured.
Untuk menonton perlawanan menarik yang dibawa oleh unifi TV kepada anda, sila layari https://unifi.com.my/personal/tv.