Pemilik Kelantan, Norizam Tukiman menggesa MFL membenarkan pasukan Liga Malaysia menguruskan perlawanan siaran langsung dengan sendiri, bukan menggunakan platform lain seperti Mycujoo.
Ini selepas beliau meluahkan rasa gembira terhadap kejayaan pasukannya menguruskan sendiri perlawanan secara langsung di Facebook.
Peminat hanya perlu membayar RM25 untuk perlawanan persahabatan antara Kelantan dan Terengganu II, dengan hasil kutipan tiket dibahagikan sama rata dengan 50 peratus untuk amal, 70 peratus untuk Kelantan dan 30 peratus untuk Terengganu.
“Alhamdulillah, kutipan tiket perlawanan pertama persahabatan melepasi RM28,000,” kata Norizam.
“Ini lebih tinggi dari yg diuruskan oleh Mycujoo iaitu hanya RM1700 pendapatan dari 6 perlawanan musim lepas.
“RM14,000 dapat disedekah, terima kasih kepada semua peminat Kelantan FC. Kita akan sedekahkan beras dan keperluan lain kepada yang memerlukan.
“Mohon MFL benarkan kelab terutama dari Liga Perdana uruskan sendiri live perlawanan.
“Tolong bantu kelab, bukan bantu Mycujoo.”