Liga Super Malaysia Berita

Tan Cheng Hoe: Pemain yang sertai JDT ada kelebihan

Tan Cheng Hoe menganggap mana-mana pemain yang menyertai Johor Darul Ta’zim FC mempunyai kelebihan untuk meningkatkan keupayaan diri.

Ini selepas Mohamadou Sumareh menjadi pemain kebangsaan terbaru yang menyertai JDT.

“Saya rasa dengan suasana, fasiliti terbaik dan dibarisi pemain yang orang kata berkualiti akan memberi satu saingan sengit,” katanya kepada Berita Harian.

Malah, dengan kelebihan tersebut, Cheng Hoe berpandangan ia secara tidak langsung meningkatkan lagi kualiti pemain dalam skuad kebangsaan.

“Bagi saya pemain yang ada di JDT mempunyai kelebihan termasuk persaingan sihat dalam latihan dan perlawanan, memang ada manfaat untuk pasukan kebangsaan.”

Selain Sumareh, pemain tengah Daniel Amier Norhisham yang pernah tersenarai dalam skuad kendalian Cheng Hoe turut menyertai JDT bagi saingan Liga Malaysia musim 2021.