Liga Super Malaysia Berita

Kelantan, Melaka diarah bayar tunggakan gaji pemain

FAM mengarahkan Kelantan supaya membayar tunggakan gaji kepada 11 orang pemain dengan jumlah keseluruhan bernilai lebih RM187,000.

Salah seorangnya adalah Fauzi Roslan yang beraksi dengan Kelantan pada musim 2019.

Melaka pula diarahkan untuk membayar tunggakan gaji Curran Ferns bernilai RM97,500,00.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Mohd Joehari Ayub selepas menghadiri mesyuarat kali ke-15 bagi penggal 2017-2021 pada 7 Januari lalu.

Mesyuarat itu membuat keputusan itu berdasarkan tuntutan yang dikemukakan oleh 12 orang pemain.

Empat daripada tuntutan terhadap Kelantan bernilai lebih RM20,000 setiap seorang.

Mereka terdiri daripada Fauzi Rozlan yang mempunyai tunggakan gaji sebanyak RM63,628.18; Zulfahmi Awang sebanyak RM50,000.00; Muhammad Afiq Azuan sebanyak RM32,141.99 dan Wan Mohammed Afiq Wan Mohamed Kasbi sebanyak RM21,000.00.

Tujuh lagi pemain Kelantan menuntut tunggakan gaji sekitar RM4,000 ke bawah. Mereka adalah:

Mohamad Azzrie Aripin – RM4,075.00
Syafiq Syahmi Husin – RM3,877.00
Muhammad Fahmi Izzuddin Ab Rahman – RM2,681.00
Ahmad Fathi Irfan Azlan – RM3,279.00
Muhammad Fikri Hakim Kama – RM1,289.50
Ahmad Hamzalah Zulkiflee – RM2,681.00
Mohamad Fazliera Ezlan Mohd Rosli – RM3,126.25