Malaysia Berita

Tarikh penting bola sepak Malaysia 2021

Liga Malaysia dijangka bermula pada Februari ini dengan Piala Sumbangsih menjadi perlawanan pembukaan pada tahun 2021.

Skuad kebangsaan akan berdepan dua perlawanan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia pada bulan Mac sebelum berdepan Thailand pada bulan Jun nanti.

Skuad kebangsaan B-23 akan beraksi dalam Sukan SEA Hanoi yang akan berlangsung pada bulan November.

Piala AFF Suzuki akan menjadi kejohanan terakhir bagi tahun ini apabila ia dijadualkan pada bulan Disember ini.

Tarikh penting bola sepak Malaysia 2021

Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara JDT dan Kedah – 26 Februari 2021

CIMB Liga Super dan Liga Premier – 27 dan 28 Februari 2021 dan bakal berakhir pada 20 dan 21 Ogos 2021

Piala FA – 2 dan 3 Mac 2021, final 11 September 2021

TM Piala Malaysia – 17 dan 18 September 2021, final 27 November 2021

Piala Cabaran – 3 dan 4 September 2021, final pertama pada 6 atau 7 November 2021, final kedua 13 atau 14 November 2021

Jendela perpindahan Liga Malaysia

Tempoh pendaftaran pertama – 21 November 2020 sehingga 14 Februari 2021

Tempoh pendaftaran kedua – 12 Julai 2021 sehingga 8 Ogos 2021

AFC peringkat kelab

AFC Champions League – Mac hingga November
Piala AFC – April hingga November

Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023

UAE lawan Malaysia – 25 Mac
Malaysia lawan Vietnam – 30 Mac
Thailand lawan Malaysia – 15 Jun

AFC Bawah Umur

Kejohanan AFC B-19 3 Mac hingga 20 Mac

Olimpik Tokyo – 23 Julai hingga 8 Ogos

Sukan SEA Hanoi 2021 – 21 November hingga 2 Disember

Piala AFF Suzuki – 5 Disember hingga 1 Januari