Liga Super Malaysia Berita

Benjamin Mora terima Anugerah Kehormat Mexico

Benjamin Mora menjadi rakyat Mexico pertama di Malaysia menerima Anugerah Kehormat Mexico (Distinguished Mexican) bagi mengiktiraf pencapaian beliau bersama JDT dan mempromosi imej Mexico di persada dunia.

Menurut Johor Southern Tigers, anugerah itu disampaikan oleh kerajaan Mexico menerusi Kementerian Hubungan Luar dibawah Institute of Mexicans Abroad dan Kedutaan Mexico sebagai tanda pengiktirafan kepada sumbangan cemerlang rakyat Mexico yang tinggal di luar negara.

Upacara penyerahan anugerah itu dihadiri oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Duta Besar Mexico ke Malaysia, Carlos Felix Corona, para pegawai JDT serta keluarga dan rakan-rakan Mora.

Mora, warga Mexico pertama yang menjadi jurulatih kelab profesional di Malaysia, menyertai JDT pada tahun 2016 sebagai Ketua Jurulatih JDT II sebelum dinaikkan pangkat ke skuad senior.

Beliau memenangi tiga kejuaraan Liga Super dan tiga lagi piala domestik sepanjang mengendalikan JDT.